Tuesday, December 16, 2008

AKU KESEPIAN!


Aku kesepian!
Aku keseorangan!
Ingin luahkan perasaan
Sayangnya tiada sasaran!

Aku tidak sesempurna rasul
Yang sentiasa dirapati sahabat tercinta
Aku mahu seperti rasul
Punyai sahabat untuk berbicara!

Mahukah engkau mendengar?
Luahan hati tiada penghujung!

Aku sengsara
Aku merana
Ketika bebanan tiada noktahnya!

Dikala sepi menjadi teman ,
Tangisan aku takkan didengar ,
Fahamilah wahai teman ,
Aku perlukan seorang sahabat untuk mendengar!

*made by : leaxD

1 comment:

Anonymous said...

percayalah .. sesungguhnya ini benar2 terjadi!