Hidup tidak selalunya indah ,
Tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan!
p/s ; gmbar tiada kaitan , emosi penulis tika ini sedang kelaparan H_H
Tanpa aku sedari , empangan mata aku telah lama pecah bergenangan . Si dia yang berada disampingku sudah lama cemas tetapi hanya berdiamkan diri supaya tidak menjadikan suasana bertambah keruh . Si dia hanya menghulurkan sekeping tisu . "sekeping je mana cukup! " aku bermonolog didalam hati sambil mengambil tisu itu dan terus melakukan apa yang patut.
Indahnya waktu itu , tika aku mula mengenali erti kehidupan . aku sangat rindu waktu itu! aku hanya mahukan waktu itu terus berputar tiap waktu agar tiada tangisan yang mengalir , tiada hati yang disakiti , tiada jiwa yang merana . aku hanya insan biasa yang takkan sempurna walaupun terus mencuba untuk menjadi insan yang sempurna ." Kenapa hidup aku begini ? , kenapa hidup orang lain bahagia? " ungakapan itu sering aku ajukan buat diriku tika emosi aku kian parah . namun , ibu kata kita tidak boleh mempersoalkan qada' dan qadar ilahi . kita sebagai hamba yang lemah haruslah pasrah dan terima atas segala ketentuan yang maha pencipta . siapalah kita??!
setiap manusia yang hidup atas muka bumi ini takkan sentiasa hidup dalam keadaan yang bahagia . bak kata orang , hidup ibarat roda . sekejap kita berada di atas sekejap kita berada dibawah . tapi , bagi aku hidup ni ibarat .. hurm,, gelang . gelang yang cantik . kita akan pandang gelang tu sangat cantik . kalau tak apa sebab kita memilikinya . kita akan pandang hidup indah macam kita pandang gelang . hidup tu akan sentiasa berpusing . sama je macam roda hakikatnya . tapi , gelang lagi best kot!
aku sering fikir aku tak berteman , aku bersendirian , aku keseorangan , aku kesepian . segala - galanya aku! tapi , aku tak pernah terfikir yang sentiasa ada yang memerhatikan aku . sentiasa bersedia mendengar tika aku ingin meluahkan . sentiasa menemaniku tika aku kesepiaan . dan DIA juga sentiasa memerhatikan aku tiap masa , waktu dan detik! aku sangat bersyukur kerana aku ada kamu! " Ya Allah , akulah hambamu yang saaaaannnnnggggaaattt lemah . Ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan . Engkaulah maha pengampun dan maha pengasih " .
Itu keratan doa yang sering aku baca usai mendirikan solat .
tanpa aku sedari , telah terluah segala - galanya . aku menunduk atas segala respon yang si dia berikan . aku lalu didakapi dan airmata aku terus laju mengalir . " terimakasih Ya Allah , engkau telah mengirimkan seorang teman tika aku kesunyian , teman tika aku memerlukan! kini , baru aku merasai nikmatnya berteman! " aku memanjatkan kesyukuran didalam hati! . aku membalas pelukan yang aku sangat sayangi . semoga persahabatan kami atas dasar kasih dan sayangmu Ya Allah . semoga persahabatan kami kekal buat selamanya dan semoga kami
berjumpa di pintu syurga untuk melangkah ke hidup yang kekal abadi buat selamanya ...
p/s ; sje je berkarya buat mengisi masa lapang ;D .. maaf membuang masa anda yang terluang . laen kali dh taw buang masa , x yah baca x) . btw ., tQ for reading bnda yg x seberapa iniii!
wassalam
4 comments:
salam
wow!bertuahnya awk ade sahabat mcm tuh..
hargailah dia sblm dia x de :)
kter hope kter pon dpt jmpe tmn yg sejati! :)
salam,, waa~!! bagus2 ayat seorg bakal sasterawati,, btw,, haha,, mmg nikmat kalu dpt merasa ikmat teman,,
to baitil ; huhu . hnya angan angan
to mu'az ; hurm?! hahah .insyaallah.
Post a Comment