Saturday, January 23, 2010

22012010

bismillah , .

alhamdulillah , tenagaku semakin dikembalikan . ya , ramai berkongi tentang kepenatan meniti alam form four x) takkan kita sampai ke puncak tanpa mendaki . takkanlah nak mendaki dengan kaki ayam , mestilah kena ada bekalan dan peralatan yang sepatutnya . goodluck semua ;) walaupun kami student econ , tak berlajar ape pn lagii . hm , menanti bilakah tiba masanya untuk memulakan pelajaran . semangat nak berlajar dah lama terbit , cuma menunggu semangat untuk membuat kerja rumah ^_^"

jumaat ; semangat betul semua banat beriadah x) dah lama tak menghasilkan peluh yang begitu nikmat rasanya . semua semangat nak beriadah bersama-sama . cuti pn bukannya dapat rasa benda benda macam nih . tilawah pula , usai habiskan juzu'2 cikgu suruh berhenti . jadi , masa terluang cikgu izinkan buat kerja rumah . masa tu la , kelam kabut buat kerja rumah bahasa arab [ maaf ya ust ayub ] ada yang buat bm dan sempat juga bertanya solan dekat cikgu pasal add maths . subjek bahasa melayu mungkin menjadi kegemaran kebanykan pelajar 4 naz [?] mungkin sebab cikgu yang sering bercerita dengan gayanya yang menarik [?] . nasib baik kerja rumah cikgu suruh hantar next week atau cikgu memang tak ingat kerja tu kena hantar hari tu sebab tak minta langsung . ye lah , orang tak bawak buku berdebarlah sepanjang kelas . dah berapa kelas kami diisi dengan tidak berbuat apa apa . kesian . cikgu mc , musim penyakit mungkin sekarang ini . sejarah subjek terakhir hai jumaat . maaf cikgu norma , dah cuba sedaya upaya untuk memberikan seratus peratus tumpuan . mata nih terasa berat . banyak kali juga lah mata ni berbasahkan air mineral untuk mencergaskan kembali xD

uia x)
memang kami terlalu teruja untuk melakukan ibadah berenang bersamasama ;) bila pintu pagar dah dibuka , terus kami serbu . memang seronok . kami cadang untuk melakukan perkara ini setiap hari jumaat pada setiap minggu jika tiada aral yang melintang . insyaallah . lagi ramai lagi seronok rasanya . jemputlah kepada sesiapa yang berminat. bawa baju renang sekali lah . seringgit je bayarannya .
selesai mengisi perut [ fuhh , separuh pinggan tu sayur je yang penuh ] memang nak bagi aku sihat nih . tapi tak terusik lah pula ;)
memang dah bertekad malam tu nak datang tahfiz untuk berjumpa dengan cg.aishah . rindu sangat nak jumpa . selepas kepenatan mendaki dua anak tangga , sampailah ke destinasi . beberapa minit kemudian , baru cikgu sampai . berbual dengan cikgu sampai jam9 . sempat bergambar sebagai kenangan terakhir dengan cikgu dan rakan tahfiz sekalian ;( rasa sedih je nak tinggalkan . gembira sangat buat cg aishah yang akan berkahwin lagi tiga minggu . huhu x) tiga minggu je lagi peluang cikgu jadi bujang ;) semoga cikgu berbahagia!
aku pulang dengan linangan air mata yang diseka selepas terserempak dengan ust yassir .


" ya allah , semoga segala yang terjadi engkau berikan hikmah yang sebaiknya "
ameen.

1 comment:

Anonymous said...

Alia suka perkataan kau yang terakhir tu, muahaha ;3