Thursday, January 14, 2010

life.


bumi ikut menangis bersamaku . indah rasanya beradu padaMu dimalam dingin ini . memang ini perkara yang dijanjikan ketenangan dalam tiga yang tersenarai .

tuhan Maha Mencipta ,
sungguh aku tidak langsung terdaya menanggung dosa yang telah sendiri aku ciptakan .
sungguh ingin aku menangis seumur hidupku terhadap segala dosa yang telah aku lakukan .
tapi , apakan daya . mata tidak terasa ingin mengalirkan sesuatu . kerasnya hati .
pilu rasanya bila hati menjadi keras . terasa diri ini ingin menangis kerana betapa kerasnya hati ini.
" Ya Allah , lembutkanlah hatiku ini
gentarkanlah hatiku ini terhadap perkaraperkara yang melalaikan
jauhkanlah aku dari perkaraperkara yang mengundang kemurkaanMu "

disebalik guruh dan petir Engkau berikan pelangi . indahnya pelangi seindah teman disisi . namun , semakin aku berlari menuju pelangi , semakin pelangi menjauh dariku . ibarat itukah teman ? atau semakin aku menelan mangga semakin kenyang terasa diperut . ya , makin rapat aku dengan teman , makin bahagiakah apa yang ku rasakan ?

duhai hati ,
jangan bersendiri diduniawi ini .

tapi , kenapa aku ingin rasa bersendiri ? salahke bersendiri ?

kata orang , jangan bersendiri nanti sepi

kalau aku inginkan kesepian ? kalau aku inginkan sendirian ?

tolonglah engkau jangan tipu fitrah manusia

ya , aku mengaku! ada masa aku inginkan dia disisi . tapi , apalah sangat aku ini . sentiasa ada perkara yang menghalang . kenapa aku rasa ini ? apa yang aku rasa ? tak layakkah aku berteman atas kesalahan aku dimasa lampau . atau memang perasaan aku yang selalu bermainmain .

duhai hatiku ,
aku insan terpilih yang Allah telah kurniakan perasaan cemburu melebihi yang lain
kenapa aku rasa ini ? memang ini kurniaanMu
sungguh , aku hanya mampu terima
redha dan pasrah . pasti ada hikmahnya

" Ya Allah , permudahkanlah urusanku didunia dan diakhirat "

teman , sahabat , kawan dan rakan .
hm , kalaulah semua itu aku punyai . atau memang aku miliki sedangkan hatiku berkata sebaliknya ? pentingkah engkau ? maaf teman atas sikapku . aku terlalu sedih . sedih dengan diri ini . andai kau mengerti , apa yang terselit dihati . tolonglah , tinggalkan aku sendirian . kerana aku terlalu berbeza darimu . jauh berbeza .

tapi , aku tahu aku takkan dapat hadapinya sendirian . Ilahi , kuatkan hati ini . ingin aku lari jauh dari mereka semua . terlalu ingin . ampunilah segala dosaku!

p/s; x taw lah merepek apakah ini . reality nor fantasy ~

2 comments:

b said...

"Makin kita mendekatiNYA,
Makin kita diuji,
Makin kita banyak berdoa,
Semakin banyak ujian menimpa,
kerana segala yang dipinta
tak datang dengan segera,
tapi ia akan diperolehi
apabila kita berjaya mengharungi ujian yg diberiNYA,
kerana ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu
tapi DIA memberi apa yang kita perlu"

b said...

Kawanku,
Teringat kenangan bersamamu,
Harap terima segala dugaan nanti,
Walau cermin beretak seribu,
Aku tetap kawanmu...

**********************************

Jom!!
Kita cinta kerana Allah,
Benci kerana Allah,
Sayang kerana Allah,
Rindu kerana Allah,
Menangis kerana Allah,
Marah kerana Allah!!

Tetapkan hati ini kepada-Mu Ya Allah!
Bangkitkan aku dalam redha-Mu,
dan jika aku jatuh...
Jatuhkan aku dalam keredhaan-Mu juga
Ya Allah!