Thursday, February 11, 2010

something wast happend

ceritanya bermulaaa ,
hati rayyan tergerak untuk membuka surah annisa' muka surat 88 . ayat pada muka surat 88 itu dicetak terbalik dan menimbulkan kehairanan . lalu dia memberitahu najihah dan najihah membuka alqurannya untuk melihat perbezaan muka surat itu dengan quran yang dibuka rayyan . ternyata memang alquran rayyan itu disalah cetak . tapi itu bukanlah apa yang berlaku . selepas itu , najihah membelek muka surat 89 hanya untuk tatapan . apa yang mereka lihat adalah bunga dipermulaan ayat dan diikuti huruf kaf dan sebagainya . mereka berdua tiba tiba berasa hairan dengan ayat pada helaian itu . rayyan membuka kembali qurannya dan membezakan helaian itu dengan quran najihah . ternyata jauh berbeza . sebuah quran lagi dibuka untuk membezakan diantara kedua-dua quran itu . apabila quran ketiga dibuka , ayat yang terdapat quran najihah jauh berbeza dengan ayat yang terdapat dalam quran rayyan dan sebuah lagi quran walaupun ketiga tiga quran itu membuka helaian yang sama iaitu 89 . dengan tidak sengaja najihah tertutup quran dipeganggnya itu tapi masih terselit tangannya dimuka surat itu . dia kembali membuka quran itu dan dengan hairannya , ayat pada helaian itu menjadi sama seperti didalam dua buah quran yang lain tadi .

mungkin ini satu petanda ? atau mungkin tipu muslihat syaitan yang hanya ingin melalaikan kita . kerana syaitan boleh melakukan sesuatu yang aneh dan pelik seperti contoh sejadah yang sujud dan sebagainya . bagi mereka yang terlalu merasakan ini perkara pelik , mereka akan menyiasat mengkaji dan sebagainya . dengan kajian mereka dan siasatan mereka hanya akan membuang masa dan tidak langsung memberi faedah serta boleh membuat itu menjadi lebih jauh dari Allah . itulah rancangan sebenar syaitan . mungkin juga boleh jadi sebagai peringatan buat semua . bak kata rayyan " peringatan untuk kita semua banat oneseven . sebab benda ni terjadi dekat surah annisa' " boleh jadi satu kebetulan atau memang inilah rancangan yang maha berkuasa . sama sama muhasabah diri kita . orang yang bijak adalah orang yang sentiasa memuhasabah diri mereka ;D

ya , ayat macam berita ;)

wsslm

No comments: