dulu :
kami berempat penumpang setia bas abang . erk =,= kami panggil dia abang tapi dia dah tahap bapak orang . tak tau kenapa lekat nama abang . okay nama dia pak cik rashid . dalam bas , mesti kami yang paling meriah . bila dah berjumpa macam macam kami buat . satu hari tu , selalunya pak cik bas ni memang akan stop , rehat dekat rumah dia dulu dalam few minutes untuk tunggu student lain datang yg dihantar oleh van lain ke rumah dia . nak dijadikan cerita , bila dah nak keluar dari kawasan rumah dia , kena lalu macam satu lorong sempit sikit untuk sebuah bas yang agak besar . bila dah lalu , tingkap bas terlanggar sebatang dahan pokok . tiba tiba turun la bermillion , trillion kerengga . bila tengok naadiyah dekat sebelah kerengga turun dari tudung dia macam air yang berombak . banyak yang teramat ! bila satu bas dah dibanjiri kerengga memang semua menjerit macam ape =,= lari turun keluar dari bas . semua lari lintang pukang . menangis nangis menjerit jerit sebab kena gigit dengan kerengga . sampai satu tahap tarik tudung cabut serkup . sempat pula dengar dialog banin " wei , dia masuk dalam seluar aku . sakit ni ! " hee ktorg tergelak jugak dengar . budak budak :D
bila semua dah reda , mulut bising kecoh nak menang siapa kena yang paling banyak , paling sakit . sampai sekolah terus semua serbu bilik guru , dengan mulut kecoh nak cerita bas dibanjiri kerengga .
lagiiii ...
DULU KAMI SUKA MAIN FESYEN FESYEN & NYANYI NYANYI. dah namanya perempuan :p
hmph , selalunya lepas sekolah kami mesti buat plan dalam bas . plan nak main bila dah sampai rumah nanti . sekolah habis pkl 3.30 . pkl 4.15 dh sampai rumah . 4.30 dah keluar rumah balik nak keluar main main . selalunya mesti my house jadi mangsa =,= ktorg akan main nyanyi nyanyi ala ala AF [?] serius lawak gilaaa . ada satu hari tu , siap ada hadiah lagi siapa nyanyi paling sedap . hahaha . lepas tu syiqin yang menang :P kalau tak main dekat bilik , sebab tak nak kakak dengar (malu) , main dekat bawah bangsal belakang rumah . bila melalak terpekik belakang rumah pulak , nanti ada jiran belakang rumah tiba tiba datang tengok . bila jiran tengok jee , semua patung diam seribu bahasa . malu wei dia dengar ktorg nynyi !
tak pn kami main fashion fashion [!] tudung tudung dijadikan baju . ambik laa kain ikat sana ikat sini buat baju buat kain . and aktiviti paling seronok , melepak dekat padang . kalau lepak dekat sini wajib makan maggie ! siap bawak stok air panas dari rumah sebab nak makan maggie dekat padang . kalau tak makan maggie , beli junk food , ice cream or anything utk makan dekat situ . then main kejar kejar . terjerit jerit macam orang gila . dah laa padang sebelah surau . memang sopan =,=
that's all ! RINDU GILAA
2 comments:
same goes here. sangat ringu zaman kanak-kanak yang ringan tanpa bebab. eh, bas abang, sangat sangat ingat. naik waktu darjah 3 je. main ku ci pak dengan budak budak. habis bengkok jari (?). erm, greenwood memang kawasan dilindungi (?)
haha yupp :) rindu gila !
ehh tak ingat pulak nta pn pernah naik bas abang . serius tak ingat .
erk greenwood mmg kwsn dilindungi [?]
mcm kena fikir dua kali laa about that statement . haha
Post a Comment