Monday, February 14, 2011

saya dah jumpa pelangi saya :)



bismillah ,

semua tahu pelangi terdiri daripada tujuh warna .
merah , jingga , kuning , hijau , biru , indigo , unggu
* sambil tu dalam otak rewind balik formula michael jackson kena halau balik india utara :)

sebuah [?] pelangi takkan lengkap jika hilang satu warna dari ketujuh-tujuhnya !
semuanya saling lengkap melengkapi . kalau hilang satu warna , satu pelangi takkan indah dan lengkap seperti biasa .

disini , aku ibaratkan pelangi itu mereka yang aku gelar sahabat . mereka yang mampu mendekatkan aku kearah kebenaran , mereka yang sering menyedarkan aku dari angan yang tak berkesudahan , mereka yang aku menjadi aku bila bersama , mereka yang aku rasa terhibur tiap kali disisi . indah kan rasa bersahabat ? subhanallah , maha suci Allah aku ucapkan dan bersyukur atas nikmatnya rasa ini Allah berikan kepada aku .

pelangi takkan muncul dengan indahnya pada satu-satu masa . sebelum kita dapat lihat dan pandang serta menghayati keindahan pelangi , kita perlu harungi hujan petir kilat dan guruh . maka muncullah pelangi disebaliknya . kadangkala , pelangi takkan menampakkan dirinya tapi kita yang kena berusaha mencari . tapi selalunya , kita akan terlihat pelangi dengan tiba-tibanya tanpa kita menanti . kerana kita tetap menghadapi hujan kilat dan petir sehingga kita terlupa bahawa ada pelangi yang akan muncul untuk mengukirkan senyuman dibibir kita :)

SAYA DAH JUMPA SEBAHAGIAN PELANGI SAYA :D
alhamdulillah aku bersyukur .
sempena maulidur rasul , ayuh kita menyingkap kembali kisah sahabat sejati yang sebenar-benarnya suci & ikhlas kerana Allah . begitu indah kisah abu bakar dan nabi Muhammad yang menjadi sahabat sejati & berkekalan hingga akhir hayat . cemburu rasanya kerana ikatan mereka terlalu kuat dan teguh . subhanallah :')

aku bersyukur !
kerana Allah telah pertemukan aku pelangi biru , unggu dan merah aku .
aku berharap ikatan kami ikhlas & diberkatiNya .

aku takkan lupa warna pelangi yang aku temui di alam persekolahan ini . pasti aku rindu saat bersama mereka ! saat suka & duka kami harungi . insyaallah akan ku temui selebihnya warna pelangi pada masa yang mendatang .

namun , pelangi yang indah ini takkan selalu aku temui . ada masa dan tikanya pelangi muncul dan pergi . walau indah bagaimanapun kami bersama , tetap akan sampai masa kami akan terpisah .

semoga Allah memberkati ^^

5 comments:

Muhammad Mu'az said...

erm, air mata itu nak menitis saat baca post ni. entah kenapa. mungkin nikmat sahbat itu nikmat paling hebat yang ana pernah rasa.

tapi, jagalah sahabat uh betul betul. hargai setiap detik sebelum ia hilang T_T

dan, betul. pelangi uh kadang kadang ada kadang kadang hilang. dan, sangat sakit bila ia hilang dari pandangan.

wallahu'alam =')

Nuna said...

yup!! hehe syudeen~ walauapapun kita ttp kawan kan?? nk jadi peguam kan?? haha insya'allah persahabatn kita akan kekal

nlia said...

mu'az , yup nikmat sahabat salah satu nikmat terindah kurniaan Allah . jaga ia selagi termampu :D

nunaaa , huhu insyaallah kekal ~
amin :) pssstt jgn laa bg tau kat sini ! maluuu ;p

Isya said...

Sedih ;/

nlia said...

laa knp sedih ? :)