Friday, March 18, 2011

==



bismillah ,

semua orang ada hati
semua orang ada perasaan

fitrah.
fitrah sayang itu suci ,
nikmat itu antara yang terindah Allah campakkan
bersyukurlah kerana engkau punyai nikmat itu
berbanding yang lain
tolong syukuri , jangan kufur!
tapi, syukur nikmat biar kena pada jalan
jangan langgar apa yang menghalang
halangan itu satu cabaran
agar perkukuh iman didada
bukan tundukkan nafsu semata

kadang kala aku pohon Ya Allah supaya percepatkan masa aku disana
kerana nikmat itu yang KAU berikan,
aku tak sanggup.
aku takut,
aku tak nak jadi hamba yang sering berbuat dosa
hamba yang tak suci hatinya
hamba yang sering leka
BERIKANLAH AKU KEKUATAN
peliharalah hati ini !
kerana hanya ENGKAU sahaja yang berkuasa terhadap hambaMu yang lemah dan hina ini
kerana hanya ENGKAU sahaja yang layak untuk disayangi
hanya ENGKAU sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam hati ini.

Ya Allah letakkanlah dunia ini ditanganku ,
bukan dihatiku :"(
amin.

2 comments:

Isyraf Imrani said...

Dunia ni kita letak kat tangan supaya kita boleh manipulate :)

Suhail Shirajuddin said...

Wah, dah macam puisi bila baca. Karang sendiri ke?

Anyway, biasa lah. Zaman remaja memang biasa lah berlaku pergolakan hati. Memang kita rasa berat masa kita lalu keadaan ni. Tapi insya-Allah, Allah nak ajar kita sesuatu melalui keadaan macam ni. So perbanyakkan lah doa, Allah sentiasa mendengar. Betul tak?

Be strong and chill always. :)