Saturday, June 11, 2011

kerana ALLAH



bismillahirramanirrahim

' if things doesn't change then we don't have butterfly '

semua manusia yang lahir pernah buat silap . sampai satu masa , diri kita akan rasa untuk melakukan perubahan . jalan menuju perubahan itu mungkin SANGAT pahit tapi hasilnya TERLALU indah . subhanallah :) semua benda boleh berubah . SEGALANYA MUNGKIN .
dari ulat beluncas ALLAH ilhamkan untuk tidur dalam kepompong . seekor rama - rama yang indah dan mampu untuk terbang jauh takkan wujud kalau rama - rama tersebut tidak bergelut bersusah payah untuk keluar dari kempompong . diibaratkan seperti kita bergelut untuk keluar dari perut ibu kita . macam tu lah susahnya rama - rama . mungkin masa kita cuba bergelut keluar dari perut mak kita , mak kita yang terasa sakitnya dan sakit beranak adalah sakit kedua yang terhebat selepas kematian . tapi bayangkan rama - rama yang cuba bergelut untuk keluar dari kempompong dia yang sempit dan dengan badannya yang terbalik ke atas . tetapi rama - rama masih cuba untuk keluar dengan menggunakan kepaknya untuk menolak dia maju . walhal kepak yang digunakannya itu belum lagi terbuka luas dan masih belum digunakan . cubalah kalau kita sendiri yang merangkak menggunakan kaki dan tangan kita untuk keluar dari perut ibu kita , biarlah kita yang merasa susah dan biarlah kita yang merasa sakit . bukan ibu kita :"(

" Buatlah sesuatu yang hanya memberi manfaat untuk akhirat "
subhanallah :"( ana sangat terasa dan terkesan dengan ayat ni .
RUGILAH kalau kita terus leka mengejar kemewahan dunia
RUGILAH kalau kita terus mengharapkan cinta yag tak kekal lama
RUGILAH kalau kita buta mendalami agama
RUGILAH kalau kita sepi tanpa ibadah
RUGILAH kalau kita persiakan seorang sahabat
RUGILAH kalau hidup bukan untuk berbakti kepada IBUBAPA TERSAYANG :')
dan
TERAMAT RUGILAH kalau hidup kita hanya sering menerima daripada memberi
' kita mesti selalu fikir apa yang kita akan bagi kepada orang lain ,
bukan fikir apa yang akan kita dapat daripada orang lain '
ditujukan khas dalam persahabatan.
contohnya kalau kita tunaikan hak sbg kawan seperti senyum, bagi salam dsb tapi
kalau kita rasa ' selama ni aku buat benda baik je semua dekat dia, tapi kenapa dia tak pernah buat benda yang sama dekat aku ? '
janganlah kita rasa sedih sebab kita dah buat apa yang ALLAH suruh . ITULAH YANG PALING PENTING , iaitu MEMENUHI SURUHAN ALLAH !
biar hilang kasih seorang kawan , jangan hilang cinta si PENCIPTA

ahli syurga diibaratkan dengan ahli neraka adalah seperti sehelai bulu kambing biri - biri yang dicabut
firdaus ALLAH yang nikmatnya semakin hari semakin bertambah dan tak ada cacat celanya sedangkan SYURGA ALLAH ITU TERLALU INDAH & SEMPURNA .
jom sama sama beriringan menuju syurga ALLAH :)


Apabila ALLAH sayang kita ,
ALLAH akan sibukkan kita dengan kerja kerja akhirat
tetapi kalau ALLAH tak sayang kita ,
ALLAH akan sibukkan kita dengan kerja kerja dunia


secara jujurnya , dari awal tahun ana sangat meminta masa ana di alamin pada tahun terakhir ni dipercepatkan . tapi ternyata tamrin ni betul betul menyedarkan ana . ana rasa selama sem 1, ana cukup mementingkan diri dan MUNGKIN masih tak rasa teguh ukhuwah . ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALLAH sedarkan ana !
mcm mana kita nak kuat dekat dunia luar kalau kita tak cuba kuat dari sekarang . kalau sekarang , teman setarbiyah boleh nasihat kita boleh tegur kita kalau kita buat salah . kalau dekat dunia luar nanti siapa lagi yang nak menyibuk pasal kita . YA ALLAH :"( bimbinglah hati hati kami agar tetap teguh ikatannya . tolong hargai nikmat ukhuwah sebelum kita tidak lagi diberi peluang .
subhanallah :) cubalah fikir , ALLAH dah tetapkan kita untuk teruskan pengajian dibawah naungan sekolah al-amin . daripada drjh 1 smpai drjh 6 sekolah rendah islam al-amin . then form 1 kita terpilih untuk smbung lagi berlajar dalam sekolah yang sama . bukan semua diberi pilihan yang sama . sekarang kalau kita jumpa balik kawan kawan lama yang dulu sekolah rendah islam al-amin dan sekarang bukan al-amin lagi mungkin mereka dah berubah . jujurlah , kalau ana bukan masuk al-amin time form one ada kemungkinan besar untuk ana tersasar jauh . subhanallah ALLAH sebaik baik perancang .

" Mujahaddah itu pahit kerana nikmatnya indah "
subahanallah. semua orang nak jadi baik.
ana sangat suka quote : fitrah manusia itu adalah sentiasa berbuat baik , manusia menjadi hipokrit apabila membuat perkara yang tidak baik.
so kita mestilah stop condemn manusia yang umum tahu perangai dia kurang baik dan dia cuba nak buat baik .
SELALULAH beranggapan orang yang lebih muda itu lebih mulia dari kita kerana dia kurang berbuat dosa
SELALULAH beraangaapan orang yang lebih tua itu lebih mulia dari kita kerana dia sudah lama mengenal dunia
SELALULAH beranggapan orang yang kurang baik itu lebih mulia dari kita kerana satu hari nanti mungkin dia akan jadi lebih baik dari kita .
:"(


RESOLUSI :
harap kita dapat bersama mencapai harapan ini bagi menjamin kebahagiaan kita di alam sana
  • sentiasa bertaubat setiap masa !
  • HARUS TAWAKKAL 1000% !
  • pentingkan solat berjemaah dan saf yang lurus
  • SENTIASA BERDAMPING DENGAN ALQURAN
  • hargai tarbiyah yang diberikan , syukurilah !
  • bersahabatlah kerana ALLAH
  • PERCAYA boleh menjadi terbaik dari kalangan yang terbaik

PERPISAHAN AKAN TERASA SANGAT MANIS KALAU TUJUANNYA BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KERANA ALLAH :)

coretan sekadar simpanan untuk dijadikan rujukan masa DIPERLUKAN
mungkin satu hari nanti bila ana rasa dah berubah tak kuat kurang tabah dan bila ana baca balik post ni harap dapat menyuntik balik dan mengenang balik manis indah ukhuwah bersama batch TERSAYANG .
terlalu sayang untuk dilupakan dan dilepaskan begitu sahaja
sedangkan hafalan si huffaz pn boleh terlepas tanpa ikatan apatahlagi memori seorang hamba biasa yang sering berbuat dosa

' pegang tangan erat kita terakhir kalinya :"( '

dalamkenangan ; tamrin '11 [ 8 - 10 jun ]

2 comments:

Muhammad Mu'az said...

salam,

ana teringat dengan perkataan FITRAH MANUSIA ADALA BERBUAT BAIK. sebab itu, setiap orang sebenarnya boleh lakukan perubahan kerana setiap orang akan kembali kepada fitrah mereka.

kat sinilah, wujudnya sebuah perSAHABATan. sebab itu tak mudah mencari SAHABAT.

TAMRIN memang cukup sedarkan ana dan juga kita semua tentang nikmat hidup yang selama ni kita leka.

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.

wallahu'alam

Isya said...

suka sedih thnks aliah <3