dia,
ujiannya seberat tanggungan didada
apa yang menimpa akur segala
apa yang datang pasrah terima
kerana itu memang kehendakNya
mereka,
dugaan berganti seperti hari
dunia perit sebalik mentari
tiada harapan penghujung hari
tujuannya sebagai penguji diri
aku,
indah hidup dalam dunia ciptaan sendiri
tiada beban, tiada ujian yang berat seperti mereka dan dia
dia tabah
mereka kuat hadapi cabaran
aku ? apa yang memebezakan aku , dia dan mereka ?
mereka diuji dengan hebat untuk menaikkan iman mereka !
aku,
lena dibuai nikmat dunia
tiada penghujung
sehingga keakhirnya
ya, itulah ujian terhebat untukku !
ujian itu berbeza untuk orang yang berbeza
jangan terlalu lenakan buaian
sehingga lupa apa yang menanti
2 comments:
terasa dengan setiap bait T_T
@mu'az omar
bagus! sekarang kau boleh la terangkan kat aku kerana aku tidak begitu ke-sastera-an.
Post a Comment